SESI PERSEKOLAHAN BERMULA 6 TAHUN


 
Berita cadangan sesi persekolahan bermula daripada umur seawal 6 tahun ini dipetik daripada akhbar berbahasa China Sin Chew. Selepas dialih bahasa untuk membantu pemahaman pembaca tentang dasar terbaru terbaru Kementerian Pelajaran ini, cadangannya berbunyi begini :

Antara isi-isi penting bagi cadangan bagi had umur untuk sesi persekolahan, antaranya ialah :
  • Tan Sri Muhyiddin Yaasin selaku Menteri Pelajaran mengatakan yang mana MOE (Ministry of Education) sedang dalam kajian bagi cadangan susu sesi persekolahan diawalkan daripada umur 7 tahun kepada seawal 6 tahun.
  • Anak-anak hari ini, dan sekitar 4 tahun sudah dihantar oleh sebahagian besar ibu bapa untuk pendidikan pra-sekolah.
Kementerian Pelajaran tidak mahu terburu-buru dan sedang mengumpulkan pandangan dari semua pihak, kesan kepada anak-anak, termasuk mengira kapasiti sekolah, pelajar, guru dan kemudahan

Sumber : Staff Berita Semasa [hi.beritasemasa@gmail.com.] di Berita Semasa

7 comments:

  1. Pada pendapat saya,cadangan tersebut perlulah dikaji semula supaya dapat dipastikan keberkesanannya apabila dilaksanakan kelak.ini disebabkan tidak semua kanak-kanak bersedia masuk ke alam persekolahan seawal usia 6 tahun kerana tahap perkembangan setiap kanak-kanak itu berbeza.pada pandangan saya, pada usia semuda 6 tahun kanak-kanak ini lebih suka bermain.mereka tidak suka dipaksa dan hanya akn menumpukan perhatian dlm pelajaran dalam tempoh masa 5minit.

    ReplyDelete
  2. betul apa yang hayati katakan tetapi kanak-kanak zaman ini lebih cepat belajar. ada yang telah memasuki tadika seawal usia 5 tahun. jadi mereka telah mempunyai asas dalam pendidikan. telah mengenal abc dan 123. jadi, tidak mustahil untuk mereka ini memasuki darjah satu pada usia 6tahun.

    ReplyDelete
  3. membaca isu ini, saya berasa tidak bersetuju persekolahan dimulakan seawal 6tahun. ini kerana pada usia begitu, kanak-kanak masih tidak boleh menerima pembelajaran yang maksimum..dengan waktu persekolahan yang panjang. ini akan membebankan kanak-kanak tersebut. umur 6tahun sesuai di prasekolah kerana waktu pembelajaran yang tidak penjang, aktiviti pembelajaran bermain, dan yang menyeronokkan.. jika diberi persekolahan pada seawal 6tahun. mungkin teknik pembelajaran yang digunakan sama seperti di sekolah rendah yang adakalanya padat.

    ReplyDelete
  4. benar mereka di usia ini sedang ligat bermain..tetapi jika rancangan ini benar-benar dilaksanakan saya rasa kementerian pendidikan boleh menrancang modul atau sukatan yang baru bagi kanak-kanak ini..disinilah juga peranan guru boleh ditunjukkan dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi juga teknik dalam mengajar kanak-kanak yang masih kecil ini..jika mereka suka bermain, guru boleh mengajar sambil bermain..

    ReplyDelete
  5. melalui pemerhatian saya, saya dapati pendapat aishah ada benarnya.ini disebabkan, murid-murid yang sedang belajar dalam darjah satu, masih lagi suka bermain di dalam kelas.mereka hanya dapat menumpukan perhatian sekurang-kurangnya 10 minit dan mungkin kurang. selebihnya, mereka akan berbual,bermain dengan pensil atau pemadam dan sebagainya.

    ReplyDelete
  6. jika begitu, bagaimana pra sekolah boleh diwujudkan untuk kanak-kanak berumur 6tahun?konsepnya sama iaitu pendidikan yang bertujuan untuk mengubah tingkah laku..bermain bukan satu alasan yang kuat untuk tidak membolehkan kanak-kanak masuk ke sekolah di umur enam tahun kerana perbezaannya dengan sistem yang sedia ada sekarang tidak jauh. mungkin perhatian mereka terhadap apa yang diajar tidak lama tetapi dari sinilah disiplin murid dapat dibentuk dan seperti yang saya katakn di atas, peranan guru amat penting bagi menarik minat murid dan mengekalkan perhatian mereka di dalam kelas.

    ReplyDelete
  7. jika kurikulum yang dilakukan bersesuaian dengan umur mereka, mungkin ianya boleh diteruskan. tetapi bolehkah kita memberi jaminan bahawa kanak-kanak ini tidak dibebankan dengan tekanan-tekanan pembelajaran dalam usia mereka yang masih muda?? jika di waktu umur sebegitu mereka didedahkan dengan konsep bermain sambil belajar, penggunaan BBM yang maksimum dan untuk pergaulan bersama-sama rakan-rakan ianya mungkin memberi keseronokan kepada mereka. apa yang di risaukan adalah, cara pembelajaran kepada kanak-kanak ini sama sahaja dengan murid-murid sekolah rendah yang lain, yang mana guru-gurunya adalah guru yang sudah terbiasa dengan konsep pengajarannya.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Copyright © / STYLISH.F3MININ3

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger