ISU PENEMPATAN GSTT



PUTRAJAYA: Seramai 7,079 daripada 13,184 Guru SandaranTidakTerlatih (GSTT) di seluruh negara akan diserapkan dalam jawatan tetap selepas mengikuti kursus perguruan di InstitutPendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terpilih, mulai Januari ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong, berkata langkah itu membuktikan komitmen Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, untuk menyelesaikan isu membabitkan 13,184 guru GSST di seluruh negara.


Beliau berkata, sebenarnya seramai 1,799 daripada 13,184 guru GSTT terbabit sedang mengikuti latihan perguruan menerusi mod kursus dalam cuti (KDC) di IPGM di seluruh Negara sejak beberapa bulan lalu.


“Bagaimanapun, pada hari ini (semalam), kita memutuskan untuk member peluang kepada 7,079 guru GSTT mengikuti latihan perguruan di IPTA dan IPGM di seluruh Negara mulai Januari depan.


“Ia dilakukan selepas proses saringan permohonan daripada GSTT menerusi kaedah penyerapan di bawah Skim Perkhidmatan Pelajaran selesai,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung isu GSTT di pejabatnya, di sini, semalam.


Beliau berkata, daripada jumlah berkenaan, 4,433 GSTT akan mengikuti kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah KPLI (DPLI) di IPTA (mulai Februari 2012).
“Selebihnya akan mengikuti kursus menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di IPGM di seluruh Negara mulai 9 Januaridepan,” katanya.


Mengulas lanjut, Wee Ka Siong berkata, kementerian menolak 2,788 permohonan lain kerana GSTT terbabit gagal mengemukakan maklumat lengkap atau dokumen asal ketika menghadiri temuduga sebelum ini.


Bagaimanapun katanya, kementerian bersedia memberi peluang membenarkan guru terbabit membuat rayuan dengan mengemukakan permohonan lengkap bersama salinan sijil asal yang sudah disahkan untuk pertimbangan semula kementerian sebelum tarikh tutup pada 26 Disemberini.


“Kementerian juga menola kpermohonan 2,012 calon lain keranatidak memenuhi syarat minimum iaitu berkhidmat sebagai GSTT sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut.


“Selebihnya, 916 permohonan lagi ditolak kerana berumur lebih 35 tahun iaitu melebihi had ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),” katanya.



Sumber : Hashnan Abdullah [pengarang@utusan.com.my] di Utusan

7 comments:

  1. jika isu kekurangan guru menjadi masalah dalam pendidikan masa kini..isu GSTT ini mungkin salah satu penyelesaian pada isu tersebut.. guru2 GSTT yang dipanggil belajar akan lebih memantapkan ilmu tentang pendidikan selain daripada pengalaman mengajar yang mereka ada. tetapi isu ini turut menjadi perbualan ramai. setiap individu ada pendapat mereka sendiri berkaitan isu GSTT ini...

    ReplyDelete
  2. setuju dengan pendapat aishah, penyerapan GSTT ke jawatan guru tetap dan kemasukan mereka ke IPG dan IPTA mampu membantu masalah kekurangan guru di negara kita. sememangnya inilah yang GSTT-GSTT semua harapkan sepanjang mengajar secara kontrak di sekola dahulu. jadi, peluang ini perlu dimanfaatkan dengan membuktikan bahawa mereka setanding dengan guru-guru tetap yang lain.

    ReplyDelete
  3. Sememangnya GSTT menghargai usaha kerajaan ini.jadi seharusnya para GSTT yang telah dipilih bagi melanjutkan pelajaran ke kursus perguruan berusaha sebaik mungkin dan mempersiapkan diri dengan ilmu perguruan untuk diaplikasi ketika berada di sekolah kelak.

    ReplyDelete
  4. Selain isu ini dapat merealisasikan impian para GSTT untuk memasuki bidang perguruan,ia juga dapat memenuhi isu kurang guru. Para GSTT juga dapat mengaplikasikan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang dikutip semasa di IPG atau IPTA untuk mendidik anak bangsa supaya berilmu dan menjadi insan yang berguna untuk bangsa dan negara.

    ReplyDelete
  5. kenyataan akhbar di atas ada menerangkan bahawa terdapat sebilangan permohonan yang ditolak berikutan melebihi had umur yang ditetapkan..bagaimana dengan nasib mereka sekarang?ada yang telah mempunyai pengalaman berbelas-belas tahun menjadi GSTT tetapi tidak dapat diserapkan kerana faktor usia..mungkin kerajaan atau pihak kementerian boleh memberikan tawaran yang sesuai bagi mereka kerana pengalaman itu sebenarnya sangat berharga dan sayang sekiranya ia disia-siakan begitu sahaja.

    ReplyDelete
  6. isu gstt ini menjadi hangat kerana para gstt telah ditamatkan kontrak secara tiba-tiba. namun setelah 7079 ribu gstt yang diserap ke ipta dan ipg seluruh malaysia, ia telah memberi harapan dan sinar baru kepada para gstt. segala usaha dan pengalaman yang ada dapat dicurahkan ke tempat yang sepatutnya.
    para gstt juga haruslah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran di ipta atau ipg. dengan komitmen, dan ilmu yang diperolehi dapat menjadikan para gstt seorang bakal guru yang professional dan berilmu pengetahuan. ilmu pedagogi dalam menjadi guru yang terbilang juga dapat diperolehi sepanjang pembelajaran di ipg dan ipta masing-masing. ilmu pedagogi inilah yang dapat memberi variasi yang berlainan kepada pembelajaran bilik darjah masing-masing nanti.

    ReplyDelete
  7. Walaupun seramai 7079 GSTT telah diserap ke ipta dan ipg seluruh negara, bagaimana pula nasib seramai 6000 lagi gstt yang tidak berjaya ke ipta dan ipg sedangkan ada dikalangan mereka telah berkhidmat sebagai GSTT lebih 5 tahun? Agak terkilan dan sedih dengan nasib yang menimpa mereka. saya amat berharap, sesuatu perlu dirancang agar mereka ini berpeluang untuk meneruskan perjuangan sebagai pendidik memandangkan mereka juga berpengalaman dalam bidang pendidikan, malah amat berminat dalam bidang ini.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Copyright © / STYLISH.F3MININ3

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger